George Gutok - Kg Kiansom Baru Tamparuli Kiulu.
In The Loving Memory.
Cpl (R) George Gutok, P.P.A & P.P.M
21 Feb 1942 - 19 Sept 2015
Former Royal Malaysian Army, Renjer 7.
SABAH 2nd Ranger.
Di tengah-tengah Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia, pemberontakan parti komunis di Malaysia masih aktif semasa penghujung darurat di mana ramai anak muda dari Tamparuli dan Kiulu menyertai tentera Malaysia untuk melawan musuh negara. Beliau salah seorang anak muda yang menyertai tentera untuk misi melawan musuh komando Indonesia (tentera elit) dan pemberontak komunis dari tahun 1965 hingga 1976. Koperal George Gutok menyertai tentera Diraja pada bulan Mac 1965 dan menjalani latihan selama enam bulan di Kem Ramilis Ipoh Perak dan selepas itu beliau ditempatkan di Kem Tanjung Batu di Tawau sehingga Disember 1966. Tidak ada pertempuran besar berlaku, hanya operasi kecil dan rutin harian dimana platunnya menerima penyerahan militan Indonesia yang dihantar oleh Presiden Sukarno untuk memboikot penubuhan Malaysia. Konfrontasi ini berakhir dengan penggulingan Presiden Sukarno oleh Jeneral Suharto pada tahun 1966.
Mereka sanggup berkorban demi negara Malaysia yang tercinta. Beliau berkhidmat di bawah 2nd Renjer tentera Diraja komanwel British.
Selepas berkhidmat di Tanjung Batu, Tawau selama lebih setahun, beliau dipindahkan semula ke Kuala Kubu Baru, Selangor selama satu tahun. Beliau kemudian dilatih sebagai pengakap mortar logistik dan banyak lagi latihan yang diberikan oleh Tentera Diraja. Selepas konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia berakhir, komanwel British meninggalkan negara ini dan divisyen Renjer ke-2 diletakkan di bawah tentera Darat Malaysia. Pada pertengahan tahun 1967, beliau kemudian dihantar ke Kem Lundu Sarawak dan ditempatkan di Batang Air di mana beliau menyertai lebih daripada seratus operasi untuk memindahkan orang awam dalam misi pembersihan parti komunis Sarawak di bawah Kapten Ling di Batang Air, Lundu dan di sempadan Malaysia dan Indonesia. Dua tahun di Kem Lundu dengan pelbagai kisah sedih di mana beliau kehilangan beberapa rakan yang terkorban pada ketika itu.
Kisah tragis, suatu pagi yang cerah, satu platun dari 2nd Renjer RMD sedang dalam perjalanan dari Kem Lundu untuk mengagihkan Ransum kepada platun lain, jarak kira-kira 100km dari kem utama telah diserang hendap(ambush) oleh pemberontak komunis yang mengakibatkan 15 tentera 2nd Renjer RMD terkorban. Antara yang terkorban ialah sarjan Basri dari Semenanjung Malaysia, koperal Salman dan Renjer Ugging dari Kuala Penyu mati di tempat kejadian. 12 lagi rakannya turut terkorban akibat tembakan militan Komunis yang kejam. Militan komunis menggunakan hulu senapang untuk memecahkan kepala setiap anggota platun 2nd Renjer.
Ayah saya mendapat berita bahawa Sarjan, Koperal, pemandu dan Juru Isyarat telah dibunuh kejam di tempat kejadian dan mereka bergegas ke tempat itu tetapi tidak ada yang tinggal kecuali mayat dan bendera yang ditinggalkan oleh militan Komunis yang mengatakan “Hancurkan Kerajaan Tun Razak”. Kisah lain yang diceritakannya adalah mereka melakukan operasi di Batang Air di mana empat militan komunis berjaya dibunuh semasa mengambil makanan dari penduduk kampung.
Kor Risikan tentera mendapat maklumat dari penduduk kampung bahawa terdapat banyak aktiviti komunis di Batang Air dan platun diperintahkan untuk misis pembersihan komunis di kawasan tersebut. Platun Pertama (2nd Renjer) diperintahkan untuk tinggal di belakang untuk membuat perimeter untuk mengepung supaya musuh tidak dapat meninggalkan kawasan itu sementara platun kedua diperintahkan untuk menyerang, menembak dan membunuh(taktikal). Semasa platun kedua menghampiri rumah yang dipercayai tempat tentera komunis sedang berehat, salah seorang telah melepaskan tembakan dan mencederakan seorang tentera, sebagai tindakbalas platun kedua melepaskan tembakan dan pengawal PKM mati serta-merta akibat tembakan bertubi-tubi. Tiga lagi terbunuh semasa cuba meninggalkan rumah tersebut.
Pegawai yang memimpin operasi ini adalah Kapten Sabdin. Mayat militan komunis dipamerkan untuk umum di Balai Polis Batang Air selama tiga hari menunggu untuk dituntut oleh saudara-maranya dan sebagai peringatan kepada parti komunis untuk meletakkan senjata mereka. Beliau dianugerahkan pingat, PPA dan PPM “Pingat Perkhidmatan Malaysia” atas jasa semasa pertempuran tersebut.
Sources: My late father and brother Harry George
- Cpl (R) George Gutok, P.P.A & P.P.M21 Feb 1942 - 19 Sept 2015Former Royal Malaysian Army, Renjer 7.SABAH 2nd Ranger.