Jambatan Gantung Tamparuli

Jambatan Tamparuli merujuk kepada Jambatan konkrit bawah yang dibina oleh British pada tahun 1930-an. Namun Jambatan yang sering diuwar-uwarkan sebagai jambatan Tamparuli adalah di bahagian atas. Sebenarnya itu adalah jambatan gantung Tamparuli yang dibina sekitar tahun 70-an namun ia rosak sepenuhnya akibat banjir besar pada tahun 1999 dan sebagai alternatif jambatan gantung baharu dibina semula di lokasi berbeza tidak jauh dari jambatan gantung asal. 

Jambatan gantung Tamparuli. Kiri (1983) Kanan (1995) - Bernard Lee 
Jambatan gantung Tamparuli (asal) sebelum banjir besar - Viji Ratnam

Jambatan gantung lama musnah akibat banjir besar pada tahun 1999 - Daud Othman

Nama Jambatan Tamparuli sinonim kepada pengunjung atau pelawat dari daerah lain atau luar negeri Sabah kerana jambatan ini menyimpan pelbagai sejarah dan kisah turun-temurun sejak sekian lama.

Jambatan Gantung baru (atas) konkrit (bawah) - Harry G

Kedudukan sebenar Jambatan gantung Tamparuli lama (asal) dan baharu. Lokasi mungkin tidak secara spesifik namun boleh dilihat bagi tujuan perbandingan.

Kedudukan Jambatan gantung lama dan baru Tamparuli - Google Map
Jambatan Tamparuli konkrit adalah laluan utama dari pelbagai daerah namun setiap kali hujan lebat ia akan ditengalami banjir dan arus deras yang merbahaya kepada kenderaan dan pastinya laluan akan ditutup untuk mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

Keadaan jambatan ketika banjir, semasa dan selepas hujan lebat

Laluan utama ditutup dari semua arah

Tamparuli - Sungai Tuaran ketika banjir -Video oleh Larry G

Alternatif:

Selain jambatan gantung Tamparuli yang dibina untuk pejalan kaki, jambatan baru untuk kenderaan juga telah dibina sebagai alternatif apabila jambatan konkrit ditengelami air ketika banjir. Ia dirasmikan oleh ketua menteri Sabah ketika itu oleh Datuk Harris bin Mohd Salleh.

 Photo: National Archives Department
Jambatan baru Tamparuli dalam proses pembinaan pada tahun 1977

Gambar: Buku 100 tahun Perayaan Sabah

Plate binaan Jambatan baru Tamparuli bertarikh 1979



No comments:

Post a Comment