Jambatan Tamparuli (Low Level Bridge) Built circa 1932
Gambar asli Jambatan Tamparuli tahun 1938. Anak saudara kepada salah seorang jurutera jambatan tamparuli 30-an telah memberikan kepada Admin sebagai rujukan dan sumber kajian bersama.
Tahun 1954 hujung jambatan (menghala ke KK/Kiulu) dibina semula apabila beberapa kali rosak akibat banjir dan pembinaannya hampir sama dengan yang asal oleh jurutera British dan tempatan.
Telah terbukti sehingga ke hari ini jambatan tamparuli masih kukuh dan kekal dengan reka bentuknya. Adakah semua ini benar mengikut kepercayaan turun temurun bahawasanya TOMBUAKAR yang menjaga jambatan sejak sekian lama?
Apa yang jelas, pembinaan jurutera dan pakar tempatan tidak boleh diambil ringan. Dengan segala kemahiran, kepakaran teknikal dan bahan buatan memainkan peranan sehingga terbinanya jambatan yang kini hampir 100 tahun.
Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada jurutera binaan seperti jalanraya, jambatan dan landasan. Maka dapat disimpulkan bahawa beberapa perkara wajib dititikberat seperti:
a. Bahan binaan
b. Kelajuan/kederasan dan ketinggian air apabila berlakunya banjir.
c. Muatan banjir.
d. Kedalaman tiang konkrit.
e. Kemahiran jurutera dan pekerja.
1. Isi padu air
No comments:
Post a Comment